Cari @ Amanz

Apple terkenal dengan sifat tidak mahu mengikut trend pasaran sebaliknya mengambil keputusan menunggu bagi melihat kematangan teknologi. Antara teknologi yang masih enggan digunakan oleh mereka pada iPhone ialah port pengecasan USB-C. Menurut penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo, Apple akan akhirnya menggunakan juga USB-C pada iPhone bermula separuh tahun kedua 2023.

Penggunaan USB-C akan menyeragamkan penggunaan port yang sama lebih banyak produk mereka seperti iPad dan MacBook. Ia juga akan membolehkan pemindahan data pada kelajuan lebih tinggi dilakukan menggunakan kabel. Keputusan ini mungkin diambil kerana Kesatuan Eropah sudahpun bersetuju untuk menguatkuasakan penggunaan USB-C pada kesemua peranti elektronik bagi mengurangkan sisa elektronik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd