Cari @ Amanz

Oppo hari ini mengumumkan telefon pintar terbaru mereka, Oppo Find X5 Pro mereka akan menjadi yang terawal dalam menerima Android 13 Beta 1 – sekaligus membolehkan pengguna telefon pintar berkenaan menggunakan sistem operasi Android yang terkini.

Android 13 merupakan sistem operasi terbaru Google yang masih sedang dalam pembangunan. Ia hadir dengan fokus terhadap privasi dan sekuriti – selain menawarkan lebih banyak API dalam memudahkan pembangunan aplikasi yang diintegrasikan dengan menyeluruh.

Dengan penawaran Oppo ini, ia membolehkan pembangun yang menggunakan telefon Oppo Find X5 Pro dalam mengoptimasikan aplikasi. Sementara pengguna umum pula boleh nantikan kemaskini Android 13 dengan ColorOS hadir lebih awal berbanding peranti pesaing lain.

Di Malaysia, Oppo Find X5 Pro akan dilancarkan pada minggu hadapan. Mungkin selepas mendapatkan peranti berkenaan, anda boleh merujuk laman khusus dalam mencuba Android 13 pada telefon berkenaan kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd