Carian
Sony Perkenal Xperia Ace 3 – Telefon Android Kompak, Dijana Snapdragon 480
May 12, 2022 Aman

Sony semalam telah memperkenalkan Xperia 1 IV dan juga Xperia 10 IV. Meneruskan pengenalan peranti pada hari ini, Sony turut melaancarkan Xperia Ace 3 atau Xperia Ace III secara rasminya di Jepun.

Xperia Ace 3 ini dipasarkan sebagai telefon Android bersaiz paling kompak dan hadir dengan sokongan 5G.

Dari segi spesifikasi, Xperia Ace 3 hadir dengan skrin 5.5-inci pada resolusi 720p, dijana cip Snapdragon 480, memori 4GB RAM, dan storaan 64GB.

MMenjana ia juga adalah bateri 4500mAh, disamping dilengkapi satu kamera belakang 13-megapixel, dan kamera swafoto 5-megapixel.

Buat masa ini, harga jualan Xperia Ace 3 ini masih tidak diketahui lagi.

Komen