Carian
TNG eWallet Membuang Ciri Pengecaman Wajah Pada iPhone
May 12, 2022 Aman

Touch n Go eWallet telah pun kembali semula ke kedai aplikasi Apple AppStore sejak semalam, dan menjadi persoalan ramai adalah apakah perubahan yang dibawakan serta membuatkan aplikasi berkenaan dibuang daripada kedai aplikasi.

Tidak diketahui sama ada ia berkaitan ataupun sebaliknya, tetapi ciri pengecaman wajah dilihat telah dibuang pada aplikasi versi iOS.

Menurut pihak TNG, mereka mengatakan ciri pengecaman wajah sedang dinaik-taraf untuk pengguna iOS. Ini mungkin selari dengan polisi Apple yang memerlukan pengesahan secara lokal, bukannya pada pelayan dan sebagainya.

Kemaskini aplikasi TNG untuk iOS terbaru tidak lagi menyertakan tetapan pengecaman wajah, dan memerlukan pengesahan menggunakan pin sahaja.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri pengecaman wajah akan kembali pada iOS. Untuk pengguna Android, ciri ini masih kekal seperti biasa.

Komen