Untuk menawarkan pengguna Android pengalaman fotografi terbaik, API Camera2API dan Camera X telah diperkenalkan oleh Google untuk pengeluar peranti dan pembangun aplikasi kamera menggunakannya.
Camera2API lebih kepada membenarkan sesuatu aplikasi berkaitan kamera diberi akses penuh untuk kawalan kemampuan kamera. CameraX pula untuk aplikasi kamera mengakses ciri-ciri unik seperti mod potret atau mod kecantikan.

Dalam Android 13 akan datang, mana-mana aplikasi atau peranti dengan Camera2API atau CameraX digunakan atau aktif – aplikasi kamera yang dipasang pada peranti boleh melakukan rakaman video HDR. Selain itu, pemidang tilik (viewfinder) kamera juga akan dipaparkan dengan lebih baik agar paparan akan lebih stabil dan kurang bergegar.

Ini bermakna kelak, aplikasi sosial media dengan fungsi kamera seperti untuk rakaman video atau ambil gambar – ia akan lebih menarik dan berkualiti. Peranti yang pengeluar tidak tawarkan ciri bokeh, mod malam, HDR, mod kecantikan dan mod auto, Google mempunyai pemalam pada CameraX untuk peranti nasib malang ini boleh memanfaatkan ciri-ciri ini dengan konsep IFTT.

Contoh, jika peranti ada ciri bokeh – aplikasi kamera dengan API ini akan menggunakan bokeh lalai. Tetapi jika tiada, ia akan menggunakan sistem bokeh Google.