Cari @ Amanz

Meta kini dilaporkan sedang melihat untuk membatalkan sejumlah projek dibawah Reality Labs. Untuk makluman, Reality Labs adalah bahagian dibawah Meta yang memfokuskan kepada pembangunan metamesta – dan menggunakan perbelanjaan yang tinggi kebelakangan ini untuk tujuan pembangunan.

Ia dikatakan Meta mungkin menamatkan beberapa projek kerana tidak mampu. Beberapa projek juga mungkin ditangguhkan untuk kemudian masa.

Mark Zuckerberg

Apa pun, Meta dikatakan mungkin tidak membuang pekerja bahagian berkenaan, dan akan memfokuskan perkara-perkara lain. Bahagian Reality Labs ini sendiri sebelum ini dikatakan hanya akan membawa pulangan sekitar 2030 kelak – kerana pembangunan metamesta yang memerlukan kajian dan pelaksanaan yang makan bertahun-tahun lamanya.

Sebelum ini, ia telah diperkatakan yang mana Meta akan melancarkan empat set kepala realiti maya menjelang 2024 kelak. Mungkinkah perancangan ini diteruskan seperti asalnya, atau kita akan melihat sedikit perubahan pada perancangan berkenaan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd