Cari @ Amanz

Apple sedia diperkatakan bakal hadir dengan iPhone tanpa slot kad-SIM – berkemungkinan seawal tahun ini, dan menggunakan sepenuhnya eSIM. Dengan langkah ini, Apple tidak lagi perlu menyertakan slot khusus untuk kad-SIM, dan membolehkan hadir dengan rekaan tanpa slot, serta kapasiti tambahan pada ruangan dalaman untuk tujuan lain.

Bercakap mengenainya, kini berkongsi kisah pembangunan iPhone pertama, Tony Fadell mengatakan Steve Jobs pernah menetapkan supaya iPhone pertama hadir tanpa sebarang slot kad SIM.

Ketika itu, Steve Jobs melihat kepada suatu penawaran seumpama CDMA yang ditawarkan beberapa syarikat telekomunikasi, yang menawarkan peranti tanpa perlu kad SIM untuk berhubung ke rangkaian.

Apa pun, ketika itu, Tony Fadell mengatakan beliau menggunakan data daripada pasaran dalam meyakinkan Steve Jobs untuk mengekalkan penggunaan kad-SIM pada iPhone untuk menawarkan rangkaian GSM.

Sejak daripada pengenalan iPhone pertama berkenaan, teknologi telah berkembang pesat, dan kini pelbagai telefon turut hadir dengan sokongan e-SIM sebagai tambahan kepada kad-SIM.

Namun, bergerak kehadapan lagi, ia dilihat peranti mungkin beralih kepada penggunaan e-SIM sepenuhnya – sekaligus menjadikan peranti tidak memerlukan sebarang kad-SIM dan slot untuknya.

Mungkinkah kita akan melihat iPhone menjadi terawal memperkenalkan iPhone tanpa slot kad-SIM?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd