Apple Dilaporkan Menguji iPhone Dengan Sambungan USB-C

Diterbitkan pada Mei 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lanjutan daripada laporan penganalisa beberapa hari lepas, kini Bloomberg melaporkan Apple sedang menguji model iPhone yang menggantikan sambungan Lightning kepada USB-C.

Dengan langkah ini, ia dijangka membantu Apple menyelesaikan permintaan dan perundangan yang ditetapkan Kesatuan Eropah. Model tahun ini dijangka mengekalkan sambungan Ligthning, dan paling awal iPhone menggunakannya adalah pada 2023 kelak.

Ini juga akan membuatkan Apple selarikan penawaran MacBook, dan iPad yang sedia menggunakan sambungan USB-C

Pada masa yang sama, Apple turut sedang membangunkan penyesuai khusus bagi memastikan pelbagai aksesori berasaskan Lighting pada hari ini akan dapat kekal digunakan.

Untuk makluman, sebelum ini iPhone asal hadir dengan sambungan 30-pin untuk pengecasan, sebelum ia berubah pada iPhone 5 dimana Apple menggunakan sambungan Lightning sehingga ke hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami