Carian
Rekaan Xiaomi 12 Ultra Tertiris Lagi Menunjukkan Penggunaan Lensa Leica
May 14, 2022 Effi Saharudin

Ura-ura Xiaomi akan bekerjasama dengan Leica pada sebuah peranti mercu mereka sudah berlegar-legar sejak penghujung 2021. Kerjasama di antara Leica dan Huawei dilaporkan berakhir dengan siri P50 yang telah dipasarkan. Hari ini imej peranti prototaip Xiaomi 12 Ultra telah tertiris mengesahkan sistem lensa Leica akan digunakan pula oleh Xiaomi.

Berdasarkab jumlah lensa, Xiaomi 12 Ultra akan dilengkapi pelbagai sistem seperti zum periskop, zum optikal, sensor laser, kedalaman dan warna yang cukup kompleks. Seperti model Ultra tahun lalu, 12 Ultra akan menjadi peranti mercu Xiaomi yang akan memberikan tumpuan kepada kemampuan fotografi tertinggi. Masih tiada maklumat bilakah ia akan dilancarkan setakat ini.

Komen