Cari @ Amanz

Motorola Edge 30 hanya dilancarkan beberapa minggu lepas, dan menariknya kini peranti berkenaan telah boleh dipra-tempah oleh pengguna di Malaysia.

Motorola Edge 30 hadir dengan skrin bersaaiz 6.5-inci AMOLED FHD+, dijana dengan cip Snapdragon 778G+, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia dijana dengan bateri 4020mAh dan pengecasan pantas 30W.

Untuk rakaman gambar, Motorola Edge 30 hadir dengan tri-kamera dibelakang dengan sensor utama 50MP + 50MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman), selain kamera swafoto 32MP.

Ia turut menyertakan sokongan NFC, selain Bluetooth 5.2, dan juga skrin pada kadar segar semula 144Hz. Motorola Edge 30 hadir terbina dengan sistem operasi Android 12.

Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM1599, tetapi boleh dipra-tempah pada harga RM1399 di Shopee hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd