Cari @ Amanz

Cip Exynos 2200 yang mula digunakan tahun ini menerima kritikan kerana prestasinya tidak sebaik cip Snapdragon 8 Gen 1. Selain prestasi pemprosesan yang lebih rendah itu juga mengakibatkan isu prestasi bateri, kamera dan skrin yang tidak berlaku pada cip Snapdragon. Samsung menyedari isu ini dan telah mengatakan selepas ini Exynos yang direka khusus untuk peranti Galaxy akan dihasilkan.

Menurut ciapan dari Ice Universe, cip ini hanya akan mula digunakan pada siri Galaxy S pada tahun 2025. Nampaknya Samsung memerlukan masa beberapa tahun untuk menghasilkan cip ini. Jadi untuk sementara waktu pengguna harus berpuas hati dengan cip Snapdragon yang dikeluarkan oleh Qualcomm. Tahun ini Samsung telah mengambil langkah drastik menawarkan cip Snapdragon pada peranti Galaxy S di Malaysia yang selama ini menggunakan cip Exynos.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd