Cari @ Amanz

Agak mengejutkan tahun ini cip Exynos 2200 tidak mampu menawarkan prestasi yang setanding Snapdragon 8 Gen 1. Ini ditambah pula dengan isu GOS dan GPS pada S22 menyebabkan nama baik Samsung tercalar. Jadi tambah mengejutkan apabila TM Roh, presiden Samsung Electronics mengumumkan syarikat akan akhirnya menghasilkan cip eksklusif untuk peranti Galaxy.

Samsung Exynos 9825

Cip Exynos yang dikeluarkan selama ini sebenarnya tidak dibangunkan dengan input dari bahagian perniagaan telefon mudah alih Samsung. Sebaliknya ia dikeluarkan dengan harapan ia digunakan oleh pengeluar lain seperti Vivo.

Dengan Samsung menyedari kesilapan mereka selama ini, mungkin tahun hadapan cip Exynos yang akhirnya direka khusus untuk siri Galaxy akan dapat menyelesaikan isu prestasi serta pemanasan. Ini adalah perlu bagi Samsung kerana tahun ini cip Mediatek Dimensity 9000 lebih bagus berbanding Exynos 2200 sehingga Samsung sendiri dilaporkan akan mempertimbangkannya pada siri Galaxy S22 FE dan S23.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd