Cari @ Amanz

Samsung dan Apple masing-masing sudah melancarkan penjejak objek mereka sendiri dengan sambutan bercampur baur. Dalam kes Apple AirTag ia menimbulkan kontroversi selepas ia digunakan untuk tujuan merompak dan juga penguntitan. Ini tidak menghalang Huawei untuk turut melancarkan penjejak objek mereka yang sendiri iaitu Huawei Tag.

AorTag

Huawei Tag muncul di dalam pangkalan data bluetooth SIG baru-baru ini. Secara lazimnya peranti baharu akan muncul di dalam pangkalan data ini sejurus sebelum peranti dipasarkan. Dengan pelancarannya yang pasti akan berlaku dalam masa terdejak, Huawei kini mempunyai penjejak objek sendiri dalam ekosistem HarmonyOS.

November tahun lalu Huawei memfailkan tanda dagang untuk Huawei S-Tag tetapi selepas itu tiada maklumat mengenainya muncul ke arena web. Rekaannya juga masih lagi misteri sehingga kini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd