Carian
Sonos Sub Mini Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi Sebagai Aksesori Kepada Sonos Ray
May 17, 2022 Fahim Zahar

Sonos adalah jenama produk audio premium yang cukup popular. Mereka mempunyai pelbagai produk audio daripada speaker sehinggalah set teater rumah.

Untuk set teater, sound bar Sonos Arc adalah antara model premium mereka. Beam berada di tempat kedua dan yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia adalah Ray iaitu sound bar kategori bajet mereka. Bajet di sini adalah ia antara yang paling murah daripada mereka berbanding dua siri lain.

Sonos Ray dijual pada harga RM1799, namun sayang sekali Sonos tidak menawarkan subwoofer baharu yang mampu milik untuk dipadankan bersama. Sonos Sub yang ada di pasaran sekarang adalah generasi ketiga dan berharga RM4,299 – berkali ganda mahal daripada Ray.

Terkini daripada The Verge, Sonos kelak akan hadir dengan subwoofer mampu milik untuk dipadankan bersama dengan Sonos Ray. Produk ini adalah Sonos Sub Mini. Ia hadir dengan rekaan silinder dan bersaiz kompak. Di tengah produk ini ada lubang bujur untuk pengedaran audio menjadikan pengalaman pendengaran lebih imersif.

Buat masa ini masih tidak pasti bila produk ini akan dilancarkan. Jika anda berminat untuk mula tetapkan set teater rumah dengan Sonos, Sonos Ray dan Sub Mini mungkin gandingan bajet terbaik. Sama-sama kita nantikan.

Komen