Cari @ Amanz

Pasaran kripto jatuh minggu lalu yang turut menyebabkan pasaran NFT turut terjejas. Walaupun ramai gulung tikar kerana kejatuhan nilai yang mendadak, masih terdapat usaha untuk menawarkan NFT sebagai aset digital kepada semua. Spotify kini sedang menguji ciri kepada artis untuk menawarkan koleksi NFT mereka terus menerusi aplikasi.

NFT

Sokongan pada waktu ini hanya diberikan dalam aplikasi Android di Amerika Syarikat dengan artis seperti Steve Aoki memaparkan NFT mereka pada profil peribadi Spotifty. Peminat yang ingin memiliki koleksi akan dibawa kepada stor NFT di luar Spotify. Kerana ini hanyalah sekadar ujian peringkat permulaan, Spotify tidak akan mengambil potongan hasil jualan NFT yang dilakukan oleh artis. Spotify sekadar mengikuti trend terkini dengan Instagram juga telah memulakan ujian membenarkan pemilik NFT memaparkan koleksi mereka minggu lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd