Elon Musk Tidak Ingin Teruskan Pembelian Twitter, Tanpa Bukti Bot Pada Twitter Hanya 5%

Diterbitkan pada Mei 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk kini menyatakan urusan pembelian Twitter tidak akan diteruskan, melainkan pihak Twitter menunjukkan bukti yang mana akaun spam atau bot hanya sekitar 5% sahaja.

Menurut Elon Musk, anggaran kini sekitar 20% akaun adalah akaun bot merupakan sekitar 4 kali ganda lebih tinggi berbanding apa yang dilaporkan oleh pihak Twitter.

Dengan langkah terbaru Elon Musk ini, beliau dilihat menyerang CEO Twitter – dan turut membawa kepada imej negatif terhadap Twitter, disamping memberikan kesan terhadap harga saham Twitter.

Ini juga mungkin membawa kepada menjadikan Twitter menerima tawaran lebih rendah berbanding apa yang ditawarkan oleh Elon Musk sebelum ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan jual-beli Twitter ini – sama ada jadi atau sebaliknya.

komen


© Amanz / 2022 Kami