Kelak Anda Boleh Keluar Sesuatu WhatsApp Group Secara Senyap, Tanpa Tinggalkan Notifikasi

Diterbitkan pada Mei 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp akhir-akhir ini telah memperkenalkan beberapa ciri-ciri memfokuskan WhatsApp Group. Antaranya adalah sokongan sehingga 512 orang dalam sesuatu WhatsApp Groups, selain lebih kawalan kepada pentadbir.

Terbaru, melalui WABetaInfo, WhatsApp juga sedang menguji kebolehan untuk seseorang meninggalkan WhatsApp Groups yang ditambah secara senyap.

Melalui pilihan baharu ini, hanya pentadbir sesuatu WhatsApp Group sahaja akan mengetahui apabila peserta dalamnya keluar meninggalkan WhatsApp Grpup berkenaan.

Ini bermakna, peserta lain dalam WhatsApp Group berkenaan tidak akan mengetahui apabila seseorang keluar daripadanya.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan mengurangkan drama apabila seseorang meninggalkan WhatsApp Group – dan membuatkan lebih ramai selesa apabila ingin keluar daripada sesuatu WhatsApp Group.

komen


© Amanz / 2022 Kami