Foxconn Ingin Membina Kilang Cip Di Malaysia Untuk Kenderaan Elektrik

Diterbitkan pada Mei 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Isu utama industri automotif sekarang ini memperkenalkan kenderaan elektrik yang mampu milik dalam situasi mempunyai masalah kekurangan cip yang kritikal. Malaysia dalam senyap adalah antara hab pengeluaran cip yang penting di dunia dengan penutupan kilang ketika PKP tempo hari mengakibatkan berlakunya masalah pengeluaran beberapa peranti utama dunia.

Menurut laporan Nikkei Asia pagi ini, Foxconn mempunyai perancangan membina sebuah kilang cip di Malaysia yang mengeluarkan cip khusus untuk keperluan kenderaan elekrtik. Sebuah memorandum persefahaman telah ditandatangani antara Foxconn dan syarikat tempatan Dagang NeXchange Berhad (DNex) untuk membina fasiliti pengeluaran cip baharu di Malaysia.

Kilang ini dijangka mengeluarkan 40,000 wafer bulanan menggunakan teknologi 20nm dan 40nm yang diperlukan oleh industri automotif. Cip kemudiannya digunakan pada sistem sensor, WiFi, bluetooth dan kawalan mikro dalam kenderaan. Lokasi kilang baharu ini masih belum diumumkan pada waktu ini.

Foxconn

Semasa pandemik pengeluar mula menghasilkan cip di lebih banyak lokasi selepas melihat impak penutupan kilang yang besar sekarang. Malaysia sudahpun menjadi hab pengeluaran cip di Asia Tenggara dengan Foxconn turut telah mengumumkan pembinaan kilang baharu di India, Arab Saudi. Thailand dan Amerika Syarikat untuk mengelakkan isu rantaian bekalan sekarang dari berulang.

komen


© Amanz / 2022 Kami