Apple Memperkenalkan Ciri Ketercapaian Baharu Seperti Pengenalan Pintu, Live Captions Dan Paparan Apple Watch Pada iPhone

Diterbitkan pada Mei 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ciri ketercapaaian (accessability) pada peranti pintar membolehkan golongan OKU menggunakannya tanpa sebarang isu sama seperti insan biasa. Saban tahun semakin banyak ciri ketercapaian telah diperkenalkan. Sempena Hari Kesedaran Ketercapaian Global tahun ini, Apple memperkenalkan beberapa lagi ciri ketercapaian baharu khusus untuk golongan OKU.

Pertama sekali yang diperkenalkan ialah Door Detection yang mengenalpasti pintu bagi golongan OKU penglihatan. Pada iPhone ia boleh memberitahu pengguna kedudukan pintu, jarak, sama ada ia terbuka atau tutup dan bagaimana pintu boleh dibuka (putar, tolak atau tarik).

Ia turut boleh membaca teks pada pintu untuk memaklumkan pengguna nombor bilik dan pelbagai maklumat lain. Untuk memastikan ketepatan, Door Detection menggunakan sistem LiDAR pada iPhone.

Seterusnya ialah ciri Apple Watch Mirroring yang membolehkan skrin Apple Watch dipaparkan pada sebuah iPhone. Kemudiannya Apple Watch boleh dikawal menggunakan ciri ketercapaian iPhone untuk melakukan arahan suara dan pelbagai lagi. Dengan ingin pengguna Apple Watch yang mempunyai isu mobiliti boleh menggunakan iPhone sebagai skrin sekunder.

Turut ditambah ialah sokongan gestur pada Apple Watch yang diperkenalkan tahun lalu. Gestur mencubit sebanyak dua kali kini boleh digunakan bagi memulakan aktiviti dan banyak lagi.

Seterusnya ciri Live Captions disokong pada iPhone, iPad, dan Mac. Kapsyen dari audio yang sedang didengari akan dipaparkan terus pada skrin. Ia boleh digunakan ketika FaceTime, menonton media, telesidang dan banyak lagi.

Akhir sekali VoiceOver yang merupakan ciri membaca teks pada skrin untuk OKU penglihatan menambah sokongan 20 lagi bahasa seperti Melayu, Aran, Mandarin, dan Vietnam.

komen


© Amanz / 2022 Kami