Realme Malaysia kini telah mula menawarkan telefon pintar Realme 9 Pro+ Edisi Free Fire untuk pasaran tempatan, dan boleh dibeli pada harga RM1499 bermula 20 Mei 2022 ini.

Melalui penawaran edisi terhad ini, ia menawarkan sedikit perubahan pada rekaan kerangka – termasuk pewarnaan, dan juga nama “Free Fire” pada bahagian belakang. Disamping itu, pengguna juga akan menerima koleksi pelekat Free Fire, dan juga peta permainan Free Fire bercetak.

Seperti ramai sedia maklum, Realme 9 Pro+ hadir dengan cip MediaTek Dimensity 920, kamera utama 50-megapixel, dan menyokong rangkaian 5G. Harga jualan edisi Free Fire ini adalah RM1499 – iaitu RM100 lebih tinggi berbanding dengan versi biasa yang ditawarkan pada harga RM1399.