Cari @ Amanz

Menteri Mengalu-Alukan SpaceX Dan Starlink Di Malaysia – Penawaran Internet Melalui Satelit

Oleh Aman

Link Copied!

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali kini dalam lawatan, dan bertemu pelbagai syarikat gergasi serta menarik pelaburan ke Malaysia. Selepas berjumpa dengan pihak AWS sebelum ini, kini menteri tersebut turut bertemu dengan pihak SpaceX serta Starlink.

Seperti ramai sedia maklum, Starlink merupakan anak syarikat SpaceX yang menawarkan akses internet melalui teknologi satelit. Ia lebih ditujukan untuk menawarkan akses interet dikawasan pedalaman dan sukar dicapai.

Menteri mengatakan mereka mengalu-alukan kehadiran Starlink di Malaysia dalam menawarkan perkhidmatan internet terbaik untuk rakyat Malaysia.

Sebelum ini, melalui kemaskini pada web, Starlink dijangka ditawarkan sekitar 2023 di Malaysia. Mengikut pakej yang dipaparkan, Starlink menawarkan akses internet sehingga 500Mbps, tetapi pada harga yang sangat tinggi, iaitu RM2100 sebulan.


Komen ()