Carian
Celcom, Digi, Maxis Dan U Mobile Inginkan Pegangan Majoriti Pada DNB
May 19, 2022 Aman

Empat syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia, iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile kini dilaporkan inginkan pegangan majoriti pada Digital Nasional Berhad.

Disamping itu, keempat-empat syarikat telekomunikasi ini ingin melihat kembali kepada struktur harga dan juga pelan akses rangkaian yang ditawarkan oleh DNB.

Celcom-Digi-Maxis-UMobile

Sebelum ini, kerajaan menawarkan pegangan sehingga 70% pada DNB – tetapi dibahagikan antara syarikat-syarikat telekomunikasi. Ia dikatakan sekitar 9 firma akan menyertai pecahan 70% ini – membawa kepada empat pemain telekomunikasi utama hanya mempunyai pegangan minoriti sahaja.

Ia dikatakan ke-empat-empat syarikat tidak berminat dengan pegangan minoriti – dan mereka sukar untuk menambah nilai sebagai pemegang saham.

Sebelum ini, keempat-empat syarikat ini meminta sebuah firma kedua ditubuhkan untuk bersaing dengan DNB untuk penawaran infrastruktur 5G di Malaysia. Tetapi, kerajaan telah mengubah perkara berkenaan, dan menawarkan pegangan dalam syarikat DNB sehingga 70% – tetapi dibahagikan antara syarikat-syarikat telekomunikasi.

Keempat-empat syarikat telekomunikasi ini juga masih belum menawarkan perkhidmatan 5G buat masa ini. Hanya Yes sahaja yang menawarkan perkhidmatan 5G sejak Disember 2021 lepas, sementara Telekom Malaysia yang turut telah memeterai perjanjian masih senyap tanpa sebarang pengenalan buat masa ini.

Komen