Cari @ Amanz

Siri Redmi Note 11T Pro bakal dilancarkan di China pada 24 Mei 2022. Menurut desas-desus awal, ia mungkin dipasarkan sebagai peranti premium dengan harga mampu milik. Terbaharu, beberapa spesifikasi pada peranti telah mula dikongsi menerusi perkongsian di Weibo.

Ia menunjukkan peranti akan menggunakan cip Dimensity 8100. Ini adalah cip berasaskan 5nm yang menggabungkan rekaan empat teras Cortex-A78 dan empat teras Cortex-A55. Ia turut telah digunakan pada beberapa model sedia ada seperti Vivo S15 Pro dan Realme GT Neo 3.

Di samping itu, Redmi Note 11 Pro+ juga akan dilengkapi memori berasaskan LPDDR5 yang dikatakan mampu menyajikan pengalaman seharian cukup lancar, termasuklah iuntuk penggunaan permua yang menyeronokkan. Kemudian, ia juga mempunyai sokongan sistem penyejukan yang dipertingkatkan untuk pelepasan haba yang lebih baik.

Redmi Note 11 Pro+ akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna seperti hitam, biru dan kelabu. Untuk lebih lanjut, sama-sama nantikan pelancarannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd