Kanada Pula Mengharamkan Kelengkapan 5G Huawei Dan ZTE

Diterbitkan pada Mei 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kanada menjadi sebuah lagi negara yang mengharamkan kelengkapan 5G keluaran Huawei dan ZTE dari digunakan di dalam negara. Langkah diambil bagi mengikuti sekutu Five Eyes mereka iaitu Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan United Kingdom bagi memastikan keselamatan rangkaian telekomunikasi negara selamat dari intipan oleh China.

Menara Telekomunikasi

Syarikat telekomunikasi yang telah menggunakan kelengkapan 5G kedua-dua syarikat perlu membuangnya menjelang Jun 2024 tanpa sebarang pampasan dari kerajaan. Kelengkapan 4G pula perlu dibuang menjelang penghujung 2027.

Keputusan ini akan membuatkan hubungan antara Kanada dan China semakin tegang selepas Kanada membantu Amerika Syarikat menahan CFO Huawei Meng Wanzhou pada tahun 2018. Beliau hanya dibebaskan pada September 2021 selepas menandatangani persetujuan perjanjian pendakwaan yang ditangguhkan dengan pihak pendakwaraya Amerika Syarikat. Beliau mengaku bertanggungjawab menyalahtafsirkan urusan perniagaan Huawei di Iran.

komen


© Amanz / 2022 Kami