CFO Huawei Akhirnya Kembali Ke China Selepas Hampir Tiga Tahun Ditahan Di Kanada

Diterbitkan pada Sep 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Meng Wanzhou ialah ketua pegawai kewangan Huawei yang juga merupakan anak kepada pengasas syarikat. Penahanan beliau di Lapangan Terbang Vancouver Kanada pada Disember 2018 menimbulkan ketegangan antara Kanada dan China dengan beliau mungkin diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk berhadapan pertuduhan menjual teknologi kepada Iran. Negara Iran kini sedang disekat dari mengimport atau menggunakan teknologi oleh PBB.

Foto : Xinhua

Selepas membayar wang jaminan $30 juta, beliau dikenakan tahan di rumah oleh kerajaan Kanada sementara menunggu keputusan ekstradisi, beliau kini telah kembali ke China pada Sabtu minggu lalu. Kerajaan Kanada bersetuju melepas Meng Wanzhou dan China pula membebaskan dua rakyat Kanda yang telah ditahan. Kedua-dua warga Kanada ini ditahan di China beberapa jam selepas penahanan Meng Wanzhou dan dilihat sebagai Beijing memulangkan buah keras kepada Ottawa.

Meng Wanzhou dibenarkan pula ke China selepas menandatangani persetujuan perjanjian pendakwaan yang ditangguhkan dengan pihak pendakwaraya Amerika Syarikat. Beliau mengaku bertanggungjawab menyalahtafsirkan urusan perniagaan Huawei di Iran.

Kepulangan beliau menggunakan pesawat khas Air China disambut dengan meriah oleh penyokong di Shenzhen dengan siaran langsung di televisyen. Beliau berterima kasih kepada Presiden Xi dan Parti Komunis China yang memberikan sokongan sepanjang tempoh tahanan di Kanada.

Sumber Global Times

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami