Apple Dan Disney Dilaporkan Pernah Berbincang Untuk Pengambil-Alihan EA

Diterbitkan pada Mei 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

EA atau Electronics Arts merupakan salah satu nama besar dalam arena permainan video, termasuk dengan jenama seperti FIFA, Apex Legends, Battlefield dan sebagainya dibawah mereka.

Terbaru, ia dilaporkan EA sedang melihat kepada potensi untuk pengambil-alihan atau bergabung dengan syarikat permainan tersebut.

EA dikatakan telah berjumpa dengan beberapa syarikat, termasuk Disney, Apple dan juga Amazon.

Apple sendiri sedia memfokuskan arena permainan video melalui Apple Arcade, sementara Disney memperluaskan penawaran kandungan mereka – dan mempunyai sejumlah kerjasama untuk penerbitan permainan untuk IP milik mereka. Kedua-dua syarikat dilihat mungkin boleh perluaskan portfolio dan mempunyai studio yang besar dibawah mereka jikalau pengambil-alihan ini berlaku.

Disamping itu, EA juga dilihat turut sedang melihat kepada potensi untuk bergabung dengan NBCUniversal, iaitu salah satu syarikat media massa di Amerika Syarikat.

Laporan baharu ini hadir lanjutan daripada berlakunya beberapa gabungan dalam arena permainan video – termasuk Microsoft mengambil-alih Activision, selain Take-Two mengambil-alih Zynga.

Sumber : Puck

komen


© Amanz / 2022 Kami