Qualcomm telah pun memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, iaitu Snapdragon 8+ Gen 1. Lanjutan daripadanya, kini pelbagai pengeluar bersaing satu sama lain dan kini berkongsi akan hadir dengan peranti masing-masing menggunakan cip tersebut.
Selepas Realme dan Asus, kini OnePlus turut berkongsi mengatakan bakal hadir dengan telefon dijana Snapdragon 8+ Gen 1 tidak lama lagi.

Buat masa ini, model yang akan menggunakan cip ini masih tidak diketahui lagi. OnePlus dijangka memperkenalkan ia pada suku ketiga tahun 2022 ini.
Mengikut desas-desus sebelum ini, telefon pintar ini dijangka dikenali dengan nama OnePlus 10 Ultra.