Nampaknya, pelbagai syarikat pengeluar peranti kini bersaing satu sama lain dalam memasarkan telefon akan datang berasaskan cip pemmprosesan Snapdragon 8+ Gen 1 yang terbaru.
Motorola hari ini berkongsi memperlihatkan mereka akan memperkenalkan telefon boleh-lipat dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1.
Nama peranti berkenaan tidak dikongsikan, tetapi ia dijangka adalah Motorola Razr3.

Dengan langkah ini, ia sekaligus menjadikan Motorola mungkin antara terawal memperkenalkan telefon boleh-lipat dengan cip terbaru ini.
Mengikut sasaran awal, pelbagai peranti baharu dijana cip ini akan dipasarkan sekitar suku ketiga 2022 ini.