Cari @ Amanz

Peti sejuk premium Samsung Bespoke mula dipasarkan di Malaysia tahun ini dengan pelbagai pilihan kustomasi warna dan konfigurasi yang tidak wujud pada model biasa. Serasi dengan nama Bespoke, kelak Samsung akan membenarkan pelanggan untuk meletakkan wajah sendiri pada peti sejuk dengan rekaan French Door mereka.

Pelanggan hanya perlu menghantar rekaan yang ingin digunakan dengan hanya membayar $350 bersama dengan pintu yang telah dikustomasi. Pada waktu ini penawaran kustomasi gambar atau rekaan grafik sendiri ini hanya berikan kepada pelanggan di Amerika Utara sahaja. Tetapi dengan peti sejuk ini sudah ditawarkan di Malaysia, ia mungkin akan turut ditawarkan Samsung Malaysia di masa hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd