Cari @ Amanz

MediaTek Kini Hadir Dengan Modem WiFi 7 Pertama – Filogic 880 Dan Filogic 380

Link Copied!

Tahun lepas, MediaTek telah berjanji untuk hadir dengan cip yang menyokong WiFi 7 pada tahun ini. Sementara Qualcomm pula akan hadir dengan modem FastConnect 7800 yang menyokong piawaian WiFi baharu ini pada hujung tahun 2022.

WiFi-7

Dengan WiFi 7, ia boleh menawarkan kelajuan sehingga 33Gbps. Piawaian WiFi ini turut membolehkan banyak peranti disambungkan dengan satu penghala. Ini bermakna jika dalam rumah ada banyak telefon, tablet dan peranti berhubung – kelajuan dan kestabilan WiFi tidak akan terjejas. Jika anda rasakan WiFi 6 dan WiFi 6E sudah pantas, WiFi 7 ini tiga kali ganda lebih pantas.

MediaTek kini hadir dengan modem Filogic 880 dan Filogic 380, modem pertama yang menyokong WiFi 7 sedia di pasaran. Ia dibina dengan rekaan 6nm untuk digunakan pada penghala. Cip ini turut menggunakan kecerdasan buatan untuk prestasi sambungan yang lebih baik.

Modem ini menggunakan teknologi penta-band 4×4 dengan kelajuan boleh mencapai sehingga 36Gbps, menyokong Bluetooth 5.3, dam sambungan 2×2 serentak untuk sambungan pelbagai peranti yang stabil.

MediaTek tidak menyatakan peranti mana akan menggunakan modem ini, tetapi dijangka demonstrasi akan diperlihatkan pada acara Computex 2022 dan peranti yang menggunakan modem ini akan tiba di pasaran pada tahun 2023.


Komen ()