Huawei kini mengesahkan yang mana kerjasama mereka dengan Leica telah tamat pada 31 Mac 2022 lepas.
Dengan ini, ia menjadikan Huawei P50 merupakan telefon pintar terakhir keluaran Huawei yang hadir dengan teknologi kamera Leica.

Perkongsian ini dilakukan pada hari ini, selepas Xiaomi mengumumkan kerjasama jangka masa panjang bersama Leica.
Xiaomi dijangka akan memperkenalkan telefon pertama dengan teknologi pengimejan Leica pada Julai 2022 ini.
Sumber : Android Authority