Menurut Vivo, siri Y diiklankan sebagai peranti yang memfokuskan kepada pengguna belia. Kebanyakan daripada hadir dengan ciri dan fungsi yang mampu memenuhi keperluan umum mereka seperti sistem kamera yang pelbagai, storan besar dan ketahanan bateri yang baik.
Bercakap lebih lanjut mengenainya, Vivo Malaysia kini mengacah kehadiran peranti baharu di bawah siri berkenaan. Hal tersebut dikongsi sendiri oleh Vivo menerusi poster terkini di Facebook rasmi.
Ia menunjukkan peranti tersebut akan dibekalkan dengan sokongan 5G terbina. Dalam masa sama, Vivo turut memberi bayangan bakal bekerjasama dengan pihak YES untuk penawarannya kelak.

Buat masa ini, Vivo masih berteka-teki mengenai nama model secara khusus. Tetapi, gambaran yang dikongsi menunjukkan rekaan untuk sebuah Vivo Y75 5G. Ia telah dilancarkan India sebelum ini dengan janaan cip MediaTek Dimensity 700.
Ia bagaimanapun masih satu spekulasi awal sahaja. Untuk ketahui lebih lanjut mengenainya, sama-sama nantikan kemas kini selanjutnya daripada pihak Vivo Malaysia dalam masa terdekat ini.