Oppo Pad Air Diperkenalkan Dengan Cip Snapdragon 680, Skrin 2K

Diterbitkan pada Mei 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo sedia menyertai arena tablet pada awal tahun ini dengan pengenalan Oppo Pad. Ia hadir dengan spesifikasi yang agak tinggi, sekaligus membawa kepada harga sedikit tinggi.

Kini, Oppo mevariasikan penawaran tablet mereka dengan memperkenalkan Oppo Pad Air di China.

Tablet ini hadir dengan skrin 10.36-inci menggunakan panel LCD, dan menawarkan resolusi 2K. Ia dilengkapi cip Snapdragon 680, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri 7100mAh dengan pengecasan 18W.

Oppo turut menyertakan sokongan audio Dolby Atmos, disamping melengkapkan ia dengan ColorOS berasaskan Android 12.

Pada bahagian kamera, tablet ini menyertakan kamera belakang 8-megapixel, selain kamera swafoto 5-megapixel.

Di China, Oppo Pad Air ditawarkan pada harga bermula 1299 Yuan, iaitu bermula sekitar RM857. Buat masa ini, tarikh pelancarannya di Malaysia masih tidak diketahui. Memandangkan ia telah melepasi Sirim, maka mungkin kita akan melihat ia dilancarkan tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami