Googe Assistant Mula Diberikan Pada Samsung Galaxy Watch4 Di Pasaran Terpilih

Diterbitkan pada Mei 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy Watch4 ialah jam tangan pintar dengan Wear OS pertama dari Samsung untuk tempoh yang lama dengan mereka menghentikan penggunaan Tizen OS. Antara ciri yang diacah di Google I/O ialah sokongan Google Assistant dalam masa terdekat. Pagi ini pengguna dari 10 negara mula menerima kemas kini pada jam tangan untuk menyokong Google Assistant.

Galaxy Watch 4

Negara yang menyokongnya ialah Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Ireland, Jepun, Taiwan, Korea, dan UK. Pengguna hanya perlu pergi ke Google Play Store untuk memuat turun Google Assistant ke jam. Masih tiada maklumat bilakah pengguna di Malaysia dan pasaran lain akan menerima ciri ini. Buat masa ini pengguna hanya boleh mengakses pembatu maya Bixby sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami