Cari @ Amanz

Huawei melancarkan monitor komputer Huawei MateView SE yang merupakan alternatif lebih mampu milik berbanding Huawei MateView yang dilancarkan tahun lalu. Skrin sebesar 23.8″ dengan nisbah 16:9 serta sokongan sehingga 75hz. Skrin sekarang menyokong resolusi FHD berbanding 4K pada MateView asal.

Sungguhpun begitu ia menyokong paparan warna 90% P3 dan 100% sRGB. Pada tetapan tertinggi ia mencapai keterangan 250 nits. Ciri menarik yang lain ialah terdapat sokongan AMD FreSync serta skrin boleh diputarkan 90 darjah untuk digunakan secara menegak. Untuk mengurangkan tekanan pada mata, ia hadir dengan ciri ebuku yang mengubah paparan menjadi monokrom.

Dari segi sambungan ia boleh menerima input HDMI dan Display Port. Ini satu kekurangan MateView SE kerana tiada sokongan sambungan secara USB-C. Di China Huawei MateView SE dijual pada harga RMB 799 (~RM527) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd