Cari @ Amanz

Caltex sebelum ini telah memperkenalkan CaltexGo dalam bentuk ujian rintis terhad di Lembah Klang sejak September 2021 lepas. Kini, lanjutan daripadanya, Caltex secara rasminya memperkenalkan aplikasi CaltexGo untuk digunakan di stesen Caltex seluruh negara.

Melalui aplikasi CaltexGo, anda boleh melakukan pembayaran untuk isi minyak terus pada aplikasi mudah-alih pada telefon – sekaligus memudahkan dan mempercepatkan proses pembayaran tanpa perlu ke kaunter.

Pada masa yang sama, bersempena dengan pengenalan ini juga, Caltex menawarkan pulangan tunai RM5 untuk isian minyak minimum RM30 melalui CaltexGo.

Bagi anda yang sering menggunakan stesen Caltex untuk isi minyak, boleh memuat-turun dan mencuba aplikasi CaltexGo hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd