Lakaran Nothing Phone (1) Diperlihatkan Dan Mengesahkan Penggunaan Panel Belakang Lutsinar

Diterbitkan pada Mei 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nothing akan melancarkan telefon pintar pertama mereka – Nothing Phone (1) ke pasaran dunia tahun ini. Sebuah imej pengolokan yang dikongsi mengenai peranti ini memberikan petunjuk ia akan hadir dengan panel belakang yang lutsinar. Hari ini Carl Pei berkongsi lakaran awal peranti menerusi akaun Twitter beliau.

Ia mengesahkan panel belakang akan mempunyai rekaan lutsinar. Beberapa lakaran yang dikongsi menunjukkan pelbagai komponen pelbagai warna dapat dilihat menerusi panel ini. Amat mirip dengan rekaan tubuh Nothing Ear (1) sebelum ini. Rekaan litar belakang yang terdedah ini mendapat ilham dari peta kereta api bawah tanah New York dari tahun 1972 oleh Massimo Vignelli dan Bob Noorda. 

Rekaan akhir peranti nampaknya akan bukan sahaja unik tetapi cantik. Namun begitu persoalannya adakah ia tahan lasak. Kerangka plastik Ear (1) yang kami ulas sebelum ini sudah mula calar balar selepas beberapa bulan.

komen


© Amanz / 2022 Kami