Kota raya metropolis New York mengucapkan selamat tinggal kepada pondok telefon awamnya yang terakhir pada Isnini lalu. Pondok telefon awam yang menggunakan duit siling ini menempatkan dua telefon dan terletak di Times Square. Sejak lapan yang lalu, proses menggantikan pondok telefon awam dengan kiosk WiFi percuma LinkNYC telah dilakukan oleh New York.

Pada waktu ini sebanyak 2000 kiosk telah berjaya diletakkan di sekitar New York yang bukan sahaja menawarkan WiFi awam percuma tetapi turut hadir dengan palam kuasa untuk mengecas peranti dan juga skrin sesentuh untuk mendapatkan maklumat.

Pondok telefon awam terakhir ini akan dipindahkan ke Museum of the City of New York untuk dipamerkan kepada generasi akan datang di bawah koleksi peralatan dunia pra-digital. Sungguhpun pondok telefon awam tidak lagi ditawarkan di New York, masih terdapat beberapa lagi pondok telefon milik swasta yang beroperasi.
- Sumber
- Sumber – LinkNYC