Dyson Sedang Membangunkan Robot Untuk Digunakan Dalam Rumah

Diterbitkan pada Mei 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dyson sedia membangunkan sejumlah peralatan elektronik yang mengintegrasikan beberapa teknologi asas robotik. Hari ini berkongsi lanjut, Dyson secara rasminya mengatakan mereka sedia menceburi arena robotik, dan sedang membangunkan robot untuk digunakan dalam membantu tugasan dalam rumah.

Melalui apa yang dikongsikan, Dyson memperlihatkan bagaimana ia boleh berinteraksi, termasuk mengambil barangan, meletakkan barang, penghantaran, disamping dilengkapi sejumlah sensor dalam mengenal-pasti persekitaran.

Dyson juga turut menyatakan mereka sedang mengambil sejumlah besar jurutera dalam pembangunan robotik ini, termasuk “otak robot” untuk mengawal keseluruhan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Dyson akan memasarkan atau memperkenalkan robot pertama mereka. Untuk makluman, sebelum ini Dyson sedia menyertai arena kereta elektrik, tetapi membatalkan pembangunan kenderaan elektrik mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami