Google Photos Menambah Penuras Real Tone Dengan Warna Tona Kulit Yang Adil Untuk Semua

Diterbitkan pada Mei 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google sejak kebelakangan ini mula memfokuskan kepada kecerdasan buatan yang boleh membuatkan kecerdasan buatan adil terhadap semua individu tidak kira apa warna kulit. Mereka mempunyai skala tona kulit Monk dan dengan sistem ini tiada lagi masalah berat sebelah dalam pengecaman gambar atau penuras ketika suntingan.

Google Photos telah dikemaskini pada web, aplikasi iOS dan aplikasi Android dengan sokongan Real Tone. Ia adalah penuras untuk warna tona kulit yang adil. Penuras ini hadir dengan pilihan Playa, Isla, Honey, dan Desert yang direka untuk semua pengguna tidak kira apa jua warna kulit. Jika ia dipilih akan terpapar teks Made with Real Tone.

Setiap penuras ini masih boleh dikawal untuk pengguna sunting pada tahap warna yang menepati citarasa yang lebih mendalam. Ini adalah satu perkara yang baik, kerana jika pengguna dengan warna kulit gelap tidak lagi akan ada masalah kulit mereka menjadi terlampau cerah dek kerana penuras dan aplikasi suntingan yang tidak mengikut tona warna yang betul.

Sistem lebih kurang sama telah hadir secara terbina pada aplikasi kamera peranti Pixel. Apa kata anda mengenai ciri ini?

komen


© Amanz / 2022 Kami