Nothing Phone (1) Mungkin Dilancarkan Pada 21 Julai Pada Harga Mampu Milik

Diterbitkan pada Mei 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semalam lakaran panel belakang Nothing Phone (1) telah diperlihatkan yang mengesahkan penggunaan panel belakang lutsinar. Pelancaran peranti amat dinantikan kerana syarikat ditubuhkan oleh Carl Pei yang bertanggungjawab menaikkan nama OnePlus suatu ketika dahulu.

Hari ini muncul pula ura-ura peranti ini akan dilancarkan pada 21 Julai hadapan. Lebih menarik sumber yang sama mengatakan peranti akan dijual pada harga €500 (~RM2350) sebuah yang adalah mampu milik bagi sebuah peranti mercu pada tahun 2022.

Peranti mercu dengan harga mampu milik ialah spesis yang semakin pupus. OnePlus sendiri sudah tiga tahun tidak melancarkan peranti pada harga yang boleh diklasifikasikan sebagai mampu milik.

komen


© Amanz / 2022 Kami