Cari @ Amanz

Xiaomi mempunyai hanya satu peranti skrin boleh lipat iaitu Xiaomi Mi MIX Fold yang mirip dengan Galazy Z Fold. Skrin besar melipat ke dalam dengan sebuah skrin sekunder di luar bagi melakukan tugasan biasa. Seterusnya mereka mungkin akan melancarkan pesaing kepada Z Flip pula kerana paten rekaan telahpun difailkan di CNIPA.

Menarik mengenai rekaan ini ialah ia hibrid sebuah Z Flip dan Pixel 6 Pro. Tubuh boleh-lipat mempunyai bingkai logam di sisi seakan Z Flip. Sementara itu tri-kamera utama di belakang pula diletakkan pada talam besar yang sama seperti pada Pixel 6 Pro.

Sebuah port pengecasan USB-C diletakkan di bawah bersama dengan kekisi audio dan talam SIM. Menurut paten yang sama kamera swafoto diletakkan di bawah skrin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd