Carian
Axiata Sasar Celcom Mencapai Kata Sepakat Berkenaan DNB Menjelang 30 Jun
May 27, 2022 Aman

Axiata kini berkongsi mengatakan Celcom akan cuba menyelesaikan proses perundingan dengan Digital Nasional Berhad untuk pelaksanaan 5G di Malaysia, mejelang tarikh akhir, 30 Jun 2022 ini.

Kerajaan sebelum ini telah menetapkan tarikh 30 Jun untuk memuktamadkan proses perundingan dengan DNB, dan seterusnya memfokuskan kepada pengenalan rangkaian 5G sepenuhnya.

Buat masa ini, proses pengenalan tidak difokuskan sepenuhnya kerana pelbagai syarikat telekomunikasi utama masih belum memuktamadkan proses perundingan bersama DNB.

Kali terakhir, ia dilaporkan Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile inginkan pegangan majoriti pada DNB – namun permintaan berkenaan ditolak oleh Kementerian Kewangan.

Buat masa ini, proses rundingan antara syarikat telekomuikasi dan DNB masih sedang berjalan – termasuk melibatkan  nilai ekuiti yang ditawarkan, dan juga harga untuk perkhidmatan.

Komen