Frontier Dinobatkan Sebagai Superkomputer Terpantas Dunia Dengan Kemampuan ExaFlop

Diterbitkan pada Mei 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Takhta superkomputer terpantas dunia kini dipegang oleh Frontier yang pembangunannya diumumkan pada tahun 2019. Ia turut merupakan superkomputer pertama dunia yang melepasi batas prestasi 1 ExaFlop dengan kemampuan mencecah 1.102 Exaflop/s dalam ujian yang telah dilakukan setakat ini. Ini adalah menurut carta terkini Top500 yang diumumkan semalam.

Ini masih di bawah sasaran asal 1.5 ExaFlops semasa ia direka dan masih terdapat banyak peningkatan prestasi boleh dilakukan di masa hadapan. Frontier terletak di Oak Ridge National Laboratory (ORNL) di Amerika Syarikat dengan ia menggunakan senibina HPE Cray EX235a dan dilengkapi cip AMD EPYC 64C 2GHz. Keseluruhan sistem mempunyai 8,730,112 teras kesemuanya dengan kecekapan kuasa 52.23 gigaflops/watt.

Frontier menggantikan Fugaku yang terletak di RIKEN Center for Computational Science (R-CCS), Kobe, Jepun yang memegang takhta sebagai superkomputer terpantas dunia selama dua tahun. Fugaku sekadar mempunyai kemampuan memproses 442 PFlop/s yang masih tiga kali ganda lebih berkuasa berbanding superkomputer ketiga paling berkuasa LUMI yang terletak di Finland.

komen


© Amanz / 2022 Kami