Fugaku Kekal Sebagai Adikomputer Terpantas Dunia Dalam Senarai Top500

Diterbitkan pada July 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setiap tahun Top500 akan mengeluarkan senarai 500 adikomputer terpantas dunia sejak 1993. Tahun lalu Fugaku keluaran Fujitsu dan terletak di Jepun dinobatkan sebagai yang terpantas. Top500 telahpun menerbitkan senarai untuk tahun 2021 dan sekali lagi Fugaku kekal di tangga teratas.

Fugaku kekal di atas dengan kemampuan memproses 442 Pflops/s diikuti oleh IBM Summit (148.6 Pflop/s), IBM Sierra (94.64 Pflop/s), Sunway TianhuLight (93.01 Pflop/s) dan HPE Cray Perlmutter (64.59 Pflop/s). Berdasarkan data yang dikongsi, impian membina adikomputer dengan kuasa Exaflop masih lagi jauh. Satu-satunya adikomputer baharu yang memasuki senarai 10 paling pantas ialah HPE Cray Perlmutter yang mula berkoperasi bulan lalu sebagai yang terpantas memproses keperluan kecerdasan buatan.

Negara dengan jumlah adikomputer terbanyak dalam senarai ini ialah China dengan 186 dengan Amerika Syarikat di tangga kedua dengan 123. Tahun lalu China mempunyai 212 adikomputer dalam senarai dengan A.S pula 113. Walaupun mempunyai jumlah yang lebih kecil, kuasa memproses adikomputer dari A.S adalah jauh lebih tinggi mencecah 856.8 Pflop/s dengan China sekitar separuh sahaja dengan kuas 445.3 Pflop/s.

Sejak dua tahun yang lalu Amerika Syarikat telah mula mengekang pengeksportan komponen adikomputer ke China kerana dikhuatiri digunakan untuk tujuan ketenteraan yang membahayakan keselamatan negara. Syarikat pengeluar terkemuka seperti Sugon dimasukkan ke senarai entiti dengan sekatan yang sama seperti yang dialami Huawei.

Di rantau Asia Tenggara, hanya Singapura mempunyai adikomputer yang memasuki senarai. Singapura mempunyai empat adikomputer kesemuanya yang dibina oleh Lenovo. Bercakap mengenai Lenovo, mereka adalah pengeluar sistem adikomputer terbesar dengan 36.8% diikuti oleh Inspur, HPE, Sugon, dan Atos.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami