Cari @ Amanz

Kaodim yang menawarkan carian perkhidmatan tukang paip, pembantu rumah, penyelenggaraan pendingin hawa dan banyak lagi mengumumkan penutupan operasi mereka bermula 1 Julai ini. Ini mengakibatkan operasi mereka di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

Dalam nota yang dikongsi oleh pengasas syarikat Choong Fui Yu, operasi terpaksa dihentikan kerana impak pandemik selama lebih dua tahun. Peningkatan kos, kekurangan tenaga kerja dan gangguan operasi akibat pandemik menyebabkan jumlah pelanggan berkurangan yang menjurus kepada syarikat menanggung kerugian.

Selepas 30 Jun 2022, semua akaun dan data akan dipadamkan, dan bagi tempahan perkhidmatan yang telah dilakukan untuk tarikh selepas itu, pengguna perlu melakukan bayaran secara tunai terus kepada penyedia perkhidmatan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd