Apple Sekali Lagi Diperkatakan Sedang Membangunkan Enjin Carian Tersendiri

Diterbitkan pada Jun 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam arena enjin carian, Google sedia menerajui pada peringkat global, dan turut membayar sehingga $15 bilion kepada Apple untuk menyertakan enjin carian mereka pada produk Apple.

Kini hadir desas-desas baharu mengatakan Apple akan perkenalkan enjin carian mereka tersendiri. Ini bukan kali pertama kita mendengar perkara ini, dimana perkara sama turut pernah diperkatakan sekitar dua tahun lepas.

Enjin carian kini menjadi salah satu perkara utama yang dituju pengguna harian – malah dengan perkembangan arena termasuk ke era realiti-terimbuh, ia akan memainkan peranan lebih utama.

Pada hari ini sendiri, Apple sedia mempunyai asas kepadanya melalui Siri, dan mereka hanya perlu melakukan beberapa perubahan untuk menawarkannya dalam bentuk web.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan ini, dan adakah Apple akan hadir dengan enjin carian tersendiri dan menolak tepi imbuhan mencapai $15 bilion yang ditawarkan Google kepada Apple.

komen


© Amanz / 2022 Kami