Semalam kami melaporkan RedmiBook 15 akan mula dipasarkan di Malaysia bermula 6 Jun. Hari ini harga jualan rasmi komputer riba ini diumumkan dengan ia ditawarkan pada harga bermula RM1899 sebuah sepanjang tempoh promosi 6-30 Jun 2022.

Model dengan Intel Core i3 gen-11, memori 8GB RAM dan storan 256GB SSD akan dijual pada harga RM2399 sebuah tetapi sepanjang tempoh promosi ia boleh dibeli pada harga hanya RM1898 sebuah. Model Intel Core i5 gen-11, memori 8GB RAM dan storan 512GB SSD pula dijual pada harga RM2799 sebuah tetapi diturunkan ke RM2499 sahaja sepanjang tempoh promosi.

Komputer riba dilengkapi skrin 15.6″ IPS LCD FHD, menggunakan sistem operasi Windows 11 Home, bateri 46WHr, dan kamera web 720P. Terdapat pelbagai pilihan I/O seperti USB-A, HMDI, pembaca kad memori, bicu audio dan LAN.