OnePlus Dijangka Membawa Kembali Siri-T Pada Tahun 2022 Melalui OnePlus 10T

Diterbitkan pada Jun 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus sebelum ini telah memperkenalkan dua telefon pintar mercu pada setiap tahun, dimana pada pertengahan kedua, mereka sering hadir dengan siri-T. Namun, pada 2021 lepas, mereka membatalkan perkara berkenaan.

Kini, pada 2022, OnePlus dilihat akan membawa kembali telefon pintar dibawah siri-T dengan spesifikasi mercu. OnePlus sebelum ini telah sedia mengesahkan bakal memperkenalkan telefon pintar dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Ketika itu, ramai melakukan spekulasi, ia mungkin adalah OnePlus 10 Ultra. Tetapi, mengikut desas-desus terkini, OnePlus dikatakan akan mempeerkenalkan satu lagi telefon mercu pada tahun ini dibawah nama OnePlus 10T.

Info lanjut berkenaan peranti berkenaan tidak diketahui buat masa ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah perancangan pihak OnePlus untuk pengurusan siri telefon mercu mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami