Oppo Find X5 Pro Kini Menyokong 5G DNB

Diterbitkan pada Jun 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo Find X5 Pro adalah peranti mercu terbaru Oppo yang dilancarkan di Malaysia. Ia adalah peranti pertama Oppo dengan cip ISP tersendiri, iaitu Marisilicon X dan juga kamera dengan kerjasama Hasselblad. Peranti ini juga dijana dengan cip paling berkuasa untuk Android, Snapdragon 8 Gen 1 dan dijual pada harga premium – RM4,999.

Terkini Oppo Malaysia telah mengesahkan yang peranti ini sudah bersedia untuk menggunakan perkhidmatan 5G di bawah Digital Nasional Berhad (DNB). Sementara itu, Oppo turut mendakwa yang rangkaian 4G pada peranti Oppo Find X5 Pro ini juga menjanjikan kelajuan yang lebih baik dan sambungan yang lebih stabil.

Oppo menyatakan untuk menggunakan 5G DNB ini, pengguna perlu pastikan peranti sudah dikemaskini ke versi terkini. Di Malaysia, 5G hanya boleh digunakan bersama syarikat telekomunikasi Yes sahaja buat masa ini. Syarikat telekomunikasi lain buat masa ini masih belum menawarkan apa-apa pelan 5G.

komen


© Amanz / 2022 Kami